PENGENALAN RINGKAS ISTILAH DALAM PERAKAUAN.
1.0 Istilah Simpan Kira
3.0 Rekod Perniagaan
2.0 Jenis-Jenis Akaun
3.0 Format Akaun
3.1 Lazimnya akaun disediakan dalam format 'T' atau bentuk 'T'.
3.2 Akaun dibahagikan kepada dua ruang
3.3 Ruang disebelah kiri ruang Debit (Dt) dan ruang sebelah kanan ruang Kredit (Kt).
3.4 Kedua-dua ruang debit dan kredit mempunyai lajur yang berikut:
i. Lajur Tarikh - digunakan untuk mencatatkan tarikh urusniaga berlaku
ii. Lajur butir - digunakan untuk mencatatkan urusniaga yang berlaku
iii. Lajur folio - digunakan untuk mencatatkan nombor rujukan bagi buku catatan pertama agar mudah dikesan
iv. Lajur jumlah - digunakan untuk mencatatkan nilai wang bagi urusniaga yang dinyatakan
Rajah 1 : Lajur-lajur dalam akaun
4.0 Sistem Catatan Bergu
4.1 Sistem catatan bergu bermaksud sistem yang digunakan untuk merekod urusniaga dalam dua akaun
4.2 prinsip catatan bergu ialah
4.2.1 Suatu urusniaga dicatatkan dua kali
4.2.2 Satu catatan didebitkan dan satu catatan dikreditkan
4.2.3 Tarikh dan jumlah mestilah sama
Contoh:
Pada 3 Januari, Kedai Perabot Nusantara Enterprise membeli lima buah almari
berkaca bernilai RM1500 secara tunai.
Penyelesaian
Akaun utama
Urusniaga dicatatkan di bahagian kredit akaun utama
Akaun Kedua
Urusniaga dicatakan berlawanan dengan akaun utama di sebelah debit pula
5.0 Buku Tunai
5.1 Buku Tunai ialah buku yang menggabungkan Akaun Tunai dan Akaun Bank dalam satu buku
5.2 Format Buku Tunai
6.0 Mengimbang dan menutup akaun
6.1 Mengimbang dan menutup akaun dilakukan untuk suatu tempoh tertentu seperti suku tahun,setengah tahun atau diakhir tahun
6.2 Akaun-akaun perorangan (A. Penghutang, A. Pemiutang & A. Modal) hendahlah diimbang dan dicari baki h/b dan baki b/b
6.3 Akaun ambilan hendaklah ditutup dengan memindahkan jumlah ke dalam kunci kira-kira
6.4 Akaun-akaun aset hendaklah diimbang dan dicari baki h/b dan baki b/b
Rumusan Akaun Bergu
Akaun Tunai dan Akaun Bank adalah akaun-akaun yang utama
Akaun Tunai dan Akaun Bank adalah akaun-akaun yang utama
Rumusan Jenis-Jenis Akaun
9 comments:
terima kasih di atas info yg bermanfaat ini. Akhirnya dapat juga saya faham sikit2 ttg akaun ini. Nampaknya, akaun ni tak lah susah sangat. Thanks. :)
Tqqqqqqq..moga allah merahmati anda...
Trm kasih... sgt2 bermanfaat ^__&
F pada bar dlm gambar rajah kira2 tu apa ya?
apa maksud h/b dan b/b
Terima kasih. Dh lama tinggalkan dunia persekolahan. Sekarang cuba praktikkan di rumah.
h/b -baki akhir bulan
b/b -baki awal bulan
I thought debit is supposed to be ( things that comes in) and kredit is (things that goes out) .
Pada 3 Januari, Kedai Perabot Nusantara Enterprise membeli lima buah almari
berkaca bernilai RM1500 secara tunai
So Kedai Perabot Nusantara Enterprise bought 5 almari berkaca and cost RM1500 Tunai. The answer is supposed to be
Debit belian RM1500(almari comes in) and kredit tunai RM 1500(money goes out)
well 3 minggu lagi nak SPM prinsip Akaun ^_^!
Catat Ulasan