Perakaunan

Menariknya Perakaunan

Perakaunan adalah salah satu bidang professional yang mempunyai standard dan piawaian yang tersendiri. Mempelajari subjek ini adalah amat menarik hal ini kerana ianya dapat di praktikan dengan kehidupan seharian kita. Setiap individu boleh mempelajarinya secara formal mahupun tidak formal. Malahan kita mempunyai kelebihan berbanding orang lain sekiranya dapat menguasai asas dalam perakaunan ini. Hal ini kerana, perakaunan ini dapat membantu kita mengguruskan wang dengan bijak selain dapat mengelakkan penipuan yang semakin berleluasa di abad ini. Setiap hari kita menjalani proses perakauanan iaitu dalam urusan jual beli.

Rajah 1:
Selain itu, perakauanan asas ini sangat penting dalam bidang keusahawanan iaitu kepada peniaga-peniaga. Terdapat perbezaan bagi peniaga yang mempunyai pengetahuan perakaunan berbanding yang tidak mengetahuinya. Peniaga dengan pengetahuan perakaunan akan melakukan proses perekodan dan penyimpanan dokumen perniagaan dengan lebih sistematik di samping dapat membuat belanjawan bagi menganggarkan keuntungan yang boleh diperolehi. Manakala bagia peniaga yang tiada pengetahuan akan mengalami kesulitan dalam system perekodan dan seterusnya tidak dapat mengira untung sebenar perniagaan dan berkemungkinan menggunakan modal untuk hal peribadi. Selain itu, peniaga akan dapat mengenalpasti setiap dokumen sumber dalam perniagaan serta kegunaan dokumen-dokumen tersebut sekiranya mereka mengetahui asas dalam bidang perakaunan dan berpotensi untuk maju kerana boleh menggunakan kemahiran yang ada untuk mendapatkan modal yang lebih untuk membesarkan atau menambah baik perniagaan sedia ada. Setiap organisasi perniagaan memerlukan akaun untuk menilai prestasi perniagaan mengikut tempoh-tempoh perakauan yang telah ditetapkan. Petambahan dan pengurangan tunai dalam tangan dapat dikenalpasti dengan mudah untuk mengelakkan penggunaan dan pengeluaran tunai yang tidak bersangkut paut dengan perniagaan.
Mitos mengenai perakaunan adalah “akaun itu sangat susah, dan subjek yang paling ditakuti” selain itu ramai yang bertanggapan hanya orang pandai boleh belajar perakaunan. Mitos ini adalah salah, belajar subjek ini bukan sekadar untuk menjadi seorang akauntan tetapi ianya sebagai ilmu tambahan yang menarik dan berguna. Setiap kita mula mempelajari akaun ini di bangku sekolah lagi walaupun secara tidak langsung dan mula mengenali rekod-rekod perakaunan di tingkatan 3 iaitu dalam subjek kemahiran hidup. Hal ini sangat jelas menunjukkan bahawa mempelajari perakaunan ini adalah sebagai kemahiran tambahan dalam hidup kita.