Profail saya





Nama diberi, Kartini Binti Munir. dilahirkan pada 11 August 1987 di Hospital Besar Tawau, Sabah. Saya berasal dari Negeri Di Bawah Bayu iaitu Sabah yang beralamat di No. 30A, Kampung Tanjung Batu Darat, Peti Surat 1967, 91044 Tawau, Sabah. Anak ke 4 daripada 8 orang adik beradik..
Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Darat, dan menyambung persekolahan ke peringkat menengah di SMK Balung Tawau. Setelah itu, saya menyambung pelajaran pada peringkat Diploma dengan Kos yang ditawarkan iaitu Diploma Akauntansi walaupun pada pada sekolah menengah saya menduduki kelas aliran sains. Alhamdullilah saya mampu menghabiskan Diploma dengan keputusan yang cemerlang walaupun pada awalnya saya menghadapi sedikit masalah kerana tiada asas dalam kos yang dirawarkan. Saya bekerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat pengangkutan setelah menamatkan pengajian si peringkat diploma. Oleh kerana cinta-cita saya hendak menjadi seorang pendidik, saya telah memohon untuk menyambung Ijazah dalam bidang pendidikan dan mendapat tawaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Perakaunan selama 4 tahun bermula sesi julai 2009/2010.

Kini, saya berada pada tahun ke 3 di UPSI. Subjek Major saya adalah Perakauanan dan saya telah memilih Usahawan sebagai subjek minor saya. Saya bercinta-cita hendak menjadi seorang guru yang unggul agar dapat mendidik manusia menjadi insan yang berguna kepada keluarga, banga, negara dan agama. Selain itu saya juga amat meminati bidang keusahwanan yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepada yang berjaya.
Saya menjadikan Tan Sri Syed Mokhtar Al:Bukhari sebagai idola kerana sifatnya yang pemurah dan cuba menjana keuntungan dunia dan akhirat.
Saya menghasilkan blog ini adalah sebagai runag perkongsian ilmu agar ilmu tersebut boleh tersebar luas.