Ahad, 20 November 2011

Kitaran Perakaunan

Kitaran Perakaunan
Kitaran Perakaunan merupakan urutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan, mula daripada mengelas, merekodkan dan meringkaskan maklumat. Peringkat-peringkat kitaran ini dilakukan mengikut turutan dan sistematik.

Peringkat 1 (Dokumen Sumber)
  • Maklumat urusniaga seperti invois, nota debit, nota kredit, resit, baucer bayaran dan keratan cek diperolehi.


Peringkat 2 (Catatan dalam buku catatan pertama)
  • Maklumat daripada dokumen sumber akan dicatatkan dalam Buku Catatan Pertama iaitu Jurnal
  • Jurnal terbahagi kepada dua iaitu Jurnal Khas yang mewakili jurnal belian, jurnal jualan, jurnal pulangan belian, jurnal pulangan jualan, jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai.
Peringkat 3 ( Pengeposan ke ledger)
  • Catatan di Buku Catatan Pertama ini akan diposkan ke lejar dalam akaun-akaun yang berkenaan sama ada debit mahupun kredit.
  • Pengeposan pada akhir bulan dan akaun-akaun lejar akan diimbangkan.













0 comments:

Catat Ulasan