Jumaat, 18 November 2011

Pembubaran Perkongsian

1.0  Definisi
Pembubaran perkongsian bermaksud sesuatu perkongsian itu telah ditamatkan atau ditutup atas sebab-sebab tertentu.

2.0   Sebab-sebah perkongsian dibubarkan
1) Matlamat perkongsian penubuhahn telah dicapai.
2) Salah seorang pekongsi meninggal dunia, hilang upaya atau muflis
3) Kerana semua rakan kongsi bersetuju untuk membubarkan perkongsian mereka.
4) Perkongsian yang mengalami kerugian yang beterusan.
5) Perkongsian dijadikan syarikat berhad, iaitu sama ada syarikat sendirian berhad atau awam berhad.
6) Mengikut perintahan daripada mahkamah untuk membubarkan perkongsian.


3.0   Tindakan yang perlu dilakukan semasa pembubaran
  • Semua aset perkongsian dilupus dengan menjual aset-aset perniagaan atau diambilalih oleh pekongsi(penjelasan  amaun yang perlu dibayar kepadanya).
  • Menjelaskan hutang dan memberi keutamaan liabiliti kepada pihak luar/pemiutang luar.
  • Menjelaskan pinjaman kepada pekongsi. 
  • Membayar balik modal kepada pekongsi. 
  • Memberhentikan operasi dan melaporkan kepada SSM .
Dua kaedah yang biasa digunakan iaitu asset perkongsian dijual dan liability dijelaskan serta asset dan liability diambil alih oleh pekongsi.
4.0       Akaun Realisasi
·         Akaun sementara untuk menutup dan menyempurnakan urusan pembubaran apabila berlaku pembubaran sepenuhnya dalam sesuatu perniagaan.
·         Tujuan akaun realisasi diwujudkan:
                               I.            Merekod semua asset yang dijual atau diambil alih termasuk penerimaan tunai dari jualan asset, diskaun diterima dan pembayaran pembubaran (belanja realisasi).
                            II.            Menghitung keuntungan atau kerugian atas pembubaran.
                         III.            Membahagikan keuntungan atau kerugian atara pekongsi mengikut nisbah pembahagian untung rugi yang telah ditetapkan.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEREKODKAN PEMBUBARAN PERKONGSIAN
Bil
Butir
Debit
Kredit
1.
Menutup akaun-akaun aset
Ak. realisasi
Akaun-akaun Aset (Kecuali Ak. Bank/Tunai)
2.
Merekod penjualan asset
Akaun Bank/Tunai
Ak. Realisasi
3
Pengambilan asset oleh pekongsi
Ak. Modal pekongsi
Ak. Realisasi
4.
Membayar belanja realisasi
Ak. realisasi
Ak.bank/Tunai
5
Menjelaskan pemiutang/liability
Ak.Pemiutang
Ak.Bank/Tunai
6
Jika diskaun diterima daripada pemiutang
Ak.Pemiutang
Akaun Realisasi (Jumlah diskaun diterima)
7
Pemiutang/liability yang diambil alih oleh pekongsi
Ak.Pemiutang
Ak. Modal Pekongsi
Ak. Realisasi
8
Menjelaskan pinjaman dan pendahuluan daripada pekongsi
Akaun Pemiutang

Akaun Realisasi (jumlah diskaun sahaja)
9
Menentukan untung atau rugi atas realisasi
a)      Baki kredit Akaun Realisasi (Untung)
b)      Baki debit Akaun Realisasi (Rugi)


Akaun Realisasi

Ak. Modal Pekongsi


Ak. Modal Pekongsi
Akaun Realisasi


10
Menutup Akaun Semasa Pekongsi dan dipindah ke Ak. Modal:
Baki kredit Ak. Semasa
Baki debit akaun semasa


Ak. Semasa Pekongsi
Ak Modal Pekongsi


Ak Modal Pekongsi
Ak. Semasa Pekongsi
11
Pembayaran Balik Kurangan Modal
Akaun Bank/Tunai
Ak. Modal Pekongsi
12
Membayar balik modal pekongsi
Ak. Modal pekongsi
Ak. Bank/Tunai

·         Selepas catatan jurnal disediakan ia akan diposkan ke Akaun Realisasi dan akaun-akaun lain yang terlibat.
·         Akaun realisasi akan diimbangkan untuk menentukan untung atau rugi realisasi yang akan dibahagikan antara pekongsi mengikut nisbah untung rugi yang telah dipersetujui.
·         Baki akhir Akaun Semasa perlu di pindahkan ke Akaun Modal Pekongsi dan menutup akaun Bank untuk membayar balik baki modal pekongsi.
·         Pekongsi yang mengalami kurangan dalam akaun modalnya perlu membawa masuk wang untuk menampung kurangan dalam akaun modalnya.
·         Catatan Bergu
Debit    Akaun Tunai/Bank
Kredit   Akaun Modal Pekongsi.




0 comments:

Catat Ulasan