1.0 Prinsip, Konsep dan Andaian Perakaunan
Garis panduan atau peraturan piawai yang telah diterima dan diakui umum dalam pemprosesan dan persembahan data perakaunan.
- Berterusan
Ø Perakaunan mengandaikan bahawa perniagaan akan terus berjalan untuk suatu tempoh yang sangat lama
Ø Aset perniagaan akan terus digunakan untuk menghasilkan pendapatan bagi perniagaan itu.



v Konsep ini menekankan kepentingan mengamalkan kaedah merekodkan butiran dalam akaun-akaun secara konsisten.
v Kaedah yang sesuai perlu dipilih bagi memberikan gambaran paling adil tentang aktiviti perniagaan.



ü Sesebuah perniagaan itu wujud sebagai satu entity atau unit yang berasingan daripada pemiliknya.
ü Rekod perakaunan hanya merekod urusniaga perniagaan. Urusniaga peribadi pemiliknya tidak direkodkan kerana tiada kaitan dengan perniagaan.
ü Tujuan memisahkan entity perniagaan daripada pemiliknya adalah untuk membezakan urusniaga perniagaan daripada urusniaga peribadi.
- Wang Sebagai Ukuran
- Perakaunan hanya melibatkan urusniaga yang dapat dinilaikan dalam bentuk wang.
- Tujuan adalah untuk mendapatkan ukuran yang seragam supaya perbandingan dapat dibuat.
« Tempoh perakaunan ialah jangka masa perakaunan atau jangka masa perniagaan yang telah ditetapkan oleh syarikat supaya dapat mengetahui prestasi perniagaan dari semasa ke semasa.
« Tempoh perakaunan adalah sama dan tetap bagi sesebuah perniagaan iaitu boleh terdiri daripada 1 tahun, setengah tahun, suku tahun atau satu bulan.
Æ Ia bermaksud urusniaga direkodkan mengikut nilai yang sebenar, iaitu berasaskan kos belian pada tarikh belian dilakukan.
Æ Kos ini dikekalkan dalam rekod perakaunan dan sebarang perubahan harga tidak mempengaruhi rekod yang telah dibuat.
è Setiap urusniaga melibatkan 2 catatan iaitu satu akaun didebitkan dan satu akaun dikreditkan.
è Jumlah yang didebitkan mestilah sama dengan jumlah yang dikreditkan.
10. Konservatif
Ø Hanya jangkaan kerugian sahaja yang akan diambil kira sebagai belanja dalam penyata kewangan manakala jangkaan keuntungan tidak diambil kira.
Ø Polisi berhati-hati yang bertujuan melindungi perniagaan daripada kerugian yang mungkin dialami.
11. Asas Perakaunan Akruan
Ø Dalam menentukan untung bersih bagi sesuatu perniagaan, jumlah belanja yang terlibat untuk memperolehi hasil nagi tempoh berkenaan mestilah ditolak daripada hasil yang dilaporkan bagi tempoh perakaunan.
Ø Setiap perbelanjaan yang berlaku bagi suatu tempoh perakaunan mestilah direkodkan pada tempoh perakuanan tersebut walaupun peniaga belum menyelesaikan baki perbelanjaan tersebut.
12. Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama
Ø Nilai dalam penyata kewangan perlu diselaraskan mengikut nilai pasaran jika nilai kos sejarah tidak menunjukkan nilai saksama.
Ø Sebagai contoh nilai tanah yang tidak lagi disusutnilai kerana harganya yang semakin meningkat tahun ke tahun.
2.0 Ciri-Ciri Kualitatif
Penyata kewangan yang disediakan perlulah mempunyai mutu dan kualiti yang tertentu bagi membolehkan maklumatnya diguna pakai dengan berkesan.
1. Kebolehfahaman
Ø Maklumat dalam penyata kewangan mestilah boleh difahami oleh pengguna penyata kewangan.
2. Relevan
Ø Keupayaan penyata kewangan dalam mempengaruhi keputusan yang dilakukan oleh pengguna penyata kewangan.
3. Kebolehpercayaan
Ø Penyata kewangan yang bebas daripada kesalahan nyata, iaitu fakta didedahkan dengan bukti dan tidak bersifat berat sebelah.
4. Kebolehbandingan
Ø Penyata kewangan mestilah boleh dibandingkan mengikut jangka masa untuk mengenal pasti kedudukan kewangan dan pencapaian syarikat.
5. Ketepatan Masa
Ø Maklumat dalam laporan kewangan boleh diperoleh pada masa maklumat tersebut diperlukan.
0 comments:
Catat Ulasan