Ahad, 20 November 2011

Akaun Koperasi




Kitaran Perakaunan

Kitaran Perakaunan
Kitaran Perakaunan merupakan urutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan, mula daripada mengelas, merekodkan dan meringkaskan maklumat. Peringkat-peringkat kitaran ini dilakukan mengikut turutan dan sistematik.

Peringkat 1 (Dokumen Sumber)
  • Maklumat urusniaga seperti invois, nota debit, nota kredit, resit, baucer bayaran dan keratan cek diperolehi.

Klasifikasi Akaun


Sabtu, 19 November 2011

Format Pengiraan Akaun Kelab Dan Persatuan



Penyediaan Akaun Yuran Ahli
Yuran ahli direkodkan menurut konsep perakaunan asas akruan. Menurut konsep ini, yuran tahunan hendaklah diselaraskan terlebih dahulu sebelum dikreditkan dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan kerana mungkin terdapat yuran tertunggak atau yuran terdahulu.              Akaun yuran ialah sejenis akaun pendapatan. Apabila yuran diterima daripada ahli, catatannya adalah seperti yang berikut.

Dt. Akaun Tunai/Bank
                               Kt. Akaun Yuran

            Seterusnya pada akhir tahun kewangan, yuran tersebut akan dipindahkan ke bahagian kredit Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.

            Dt. Akaun Yuran
                   Kt. Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan


Kelab dan Persatuan

AKTA PERTUBUHAN 1966
- Definisi kelab dan persatuan merupakan entiti bukan perniagaan yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
- Bukan bertujuan untuk mencari keuntungan tetapi untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya serta menyediakan kemudahan dan mengadakan perkhidmatan sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan.
- Memperuntukkan semua kelab dan persatuan supaya;
1. menyimpan rekod kewangan.
2. melaporkan penyata kewangan kepada semua ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
3. memilih dan melantik ahli jawatankuasa untuk menjalankan aktiviti kelab dan persatuan semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
4. menghantar laporan kewangan dan senarai nama ahli jawatankuasa kepada Pendaftar Pertubuhan.

Akta Perkongsian

Setiapjenis perniagaan tertakluk di bawah undang-undang yang akan memberi garis panduan dalam menjalankan perniagaan yang ada. Setiap perniagaan berbentuk perkongsian termakrub dalam Akta Perkongsian 1965.
Akta Perkongsian

Akaun-akaun dalam perkongsian



Sejarah Perakaunan

SEJARAH PERAKAUNAN
·         Permulaan menyimpan rekod sejak tamadun purba.
·         Catatan tertua – catatan pembayaran upah di Babylonia pada tahun 3500 S.M.
·         Pada peringkat awal, catatan dibuat pada kepingan tanah liat. Kemudian menjadi lebih maju setelah terciptanya papyrus (kertas) dan calamus (pen) di Mesir pada tahun 400 S.M.
·         Wang digunakan sebagai alat perantaraan bagi penilaian dan pertukaran apabila sistem kewangan bermula pada abad ke-5 dan ke 6 S.M. Rekod perakaunan menggunakan nilai wang sebagai ukuran.
·         Pada tahun 850 M, sistem angka Hindu-Arab digunakan yang dicipta oleh orang India.
·         Sistem catatan bergu bermula apabila perdagangan semakin pesat di Itali pada 1200-1500 S.M. Sistem ini dicipta oleh Luca Pacioli bertujuan dapat menyimpan rekod yang lengkap dan sistematik.
·         Luca Pacioli dianggap sebagai bapa perakaunan kerana bukunya merupakan terbitan perakaunan yang pertama dicetak dan beliau telah membentuk asas perakaunan yang diamalkan sehingga kini.
·         Revolusi Perindustrian di England pada abad ke 17 dan ke 18 telah memperkembangkan lagi sistem perakaunan. Pengenalan kepada perakaunan kos.
·         Pada akhir abad ke 19 dan ke 20, bidang perakaunan mencapai taraf profesional.
·         Pada tahun 1973, Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards Committee)-IASC ditubuhkan oleh badan perakaunan dunia di Sydney untuk menerbitkan Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards)-IAS supaya akaun-akaun dan penyata kewangan disediakan mengikut piawaian asas serta mengawal profesion perakaunan.

Kuiz Perkongsian


Perkongsian
Kuiz
  1. Antara berikut merupakan perkara yang terkandung dalam Akta Perkongsian 1961 kecuali
    1.   tiada faedah atas modal dibayar.
    2.   tiada faedah atas pinjaman dibayar.
    3.   tiada gaji pekongsi dibayar kepada pekongsi.
    4.   segala untung atau rugi dibahagikan sama rata.
  2. Faedah yang dikenakan atas ambilan oleh setiap pekongsi akan
    1.   didebitkan ke Akaun Perdagangan.
    2.   didebitkan ke Akaun Untung Rugi.
    3.   didebitkan ke Akaun Pengasingan Untung Rugi.
    4.   didebitkan ke Akaun Semasa Pekongsi.
  3. Tujuan menyediakan Akaun Pengasingan Untung Rugi adalah untuk
    1.   mengira jumlah belanja dan jumlah hasil.
    2.   menghitung untung atau rugi bersih.
    3.   membahagikan untung atau rugi antara rakan kongsi.
    4.   menentukan jumlah modal setiap rakan kongsi.
  4. Antara berikut, yang manakah salah tentang perkongsian mengikut Akta Perkongsian 1961 ?
    1.   Bilangan minimum pekongsi ialah dua orang sahaja.
    2.   Pekongsi aktif layak menuntut gaji.
    3.   Tiada faedah atas modal dibayar kepada pekongsi.
    4.   Untung atau rugi dibahagikan secara sama rata.
  5. Apabila modal pekongsi dikekalkan tetap, maka pembahagian untung akan
    1.   didebitkan ke Akaun Modal.
    2.   didebitkan ke Akaun Semasa Pekongsi.
    3.   dikreditkan ke Akaun Modal.
    4.   dikreditkan ke Akaun Semasa Pekongsi.
  6. Perkara-perkara yang berikut direkodkan dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi kecuali
    1.   faedah atas ambilan.
    2.   faedah atas modal.
    3.   faedah atas pinjaman daripada pekongsi.
    4.   gaji pekongsi
  7. Baki debit dalam Akaun Semasa Pekongsi menunjukkan
    1.   pekongsi telah mengeluarkan wang lebih daripada jumlah yang sepatutnya.
    2.   untung pekongsi telah dikeluarkan.
    3.   perkongsian mengalami kerugian.
    4.   perkongsian berhutang kepadanya.
  8. Perniagaan perkongsian telah diuruskan tanpa Perjanjian Perkongsian. Pada akhir tahun kewangan, perkongsian mengalami kerugian, kerugian ini perlu
    1.   dibahagikan secara sama rata.
    2.   dibahagikan mengikut nisbah modal yang disumbangkan.
    3.   ditanggung oleh pekongsi aktif.
    4.   ditanggung oleh pekongsi yang menyumbangkan modal yang paling banyak.
  9. Apabila terdapat kerugian, catatan bergu yang tepat untuk merekodkan pembahagiannya ialah
    1.   Akaun Pengasingan Untung Rugi didebitkan dan Akaun Semasa Pekongsi dikreditkan.
    2.   Akaun Pengasingan Untung Rugi didebitkan dan Akaun Modal Pekongsi dikreditkan.
    3.   Akaun Semasa Pekongsi didebitkan dan Akaun Pengasingan Untung Rugi dikreditkan.
    4.   Akaun Untung Rugi didebitkan dan Akaun Pengasingan Untung Rugi dikreditkan.
  10. Apabila pekongsi mengambil barang niaga untuk kegunaan sendiri, catatan yang tepat ialah
    1.   akaun pengasingan untung rugi didebitkan.
    2.   akaun semasa pekongsi didebitkan.
    3.   akaun untung rugi didebitkan.
    4.   akaun belian didebitkan.


Organisasi perniagaan




Jumaat, 18 November 2011

Pembubaran Perkongsian

1.0  Definisi
Pembubaran perkongsian bermaksud sesuatu perkongsian itu telah ditamatkan atau ditutup atas sebab-sebab tertentu.

2.0   Sebab-sebah perkongsian dibubarkan
1) Matlamat perkongsian penubuhahn telah dicapai.
2) Salah seorang pekongsi meninggal dunia, hilang upaya atau muflis
3) Kerana semua rakan kongsi bersetuju untuk membubarkan perkongsian mereka.
4) Perkongsian yang mengalami kerugian yang beterusan.
5) Perkongsian dijadikan syarikat berhad, iaitu sama ada syarikat sendirian berhad atau awam berhad.
6) Mengikut perintahan daripada mahkamah untuk membubarkan perkongsian.

Khamis, 17 November 2011

Pengenalan Ringkas Istilah Perakaunan

PENGENALAN RINGKAS ISTILAH DALAM PERAKAUAN.
1.0  Istilah Simpan Kira

Penyata Kewangan

1.0              Prinsip, Konsep dan Andaian Perakaunan
Garis panduan atau peraturan piawai yang telah diterima dan diakui umum dalam pemprosesan dan persembahan data perakaunan.
  1. Berterusan
Ø  Perakaunan mengandaikan bahawa perniagaan akan terus berjalan untuk suatu tempoh yang sangat lama
Ø  Aset perniagaan akan terus digunakan untuk menghasilkan pendapatan bagi perniagaan itu.
  1. Pemadanan

*        Untuk menentukan untung bersih bagi sesuatu tempoh perakaunan, jumlah belanja bagi tempoh itu ditolak daripada hasil yang diperoleh dalam tempoh itu
*        Segala belanja dan pendapatan terakru bagi tempoh berkenaan diambil kira semasa mencari untung atau rugi semasa walaupun wang belum dibayar atau diterima kerana ia merupakan urusniaga bagi tempoh perakaunan tersebut
*        Segala belanja dan pendapatan terdahulu bagi urusniaga tempoh perakaunan akan dating (walaupun wang sudah dibayar atau diterima) tidak dianggap sebagai belanja atau pendapatan bagi tempoh perakaunan semasa.
  1. Ketekalan