Sabtu, 19 November 2011

Kelab dan Persatuan

AKTA PERTUBUHAN 1966
- Definisi kelab dan persatuan merupakan entiti bukan perniagaan yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
- Bukan bertujuan untuk mencari keuntungan tetapi untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya serta menyediakan kemudahan dan mengadakan perkhidmatan sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan.
- Memperuntukkan semua kelab dan persatuan supaya;
1. menyimpan rekod kewangan.
2. melaporkan penyata kewangan kepada semua ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
3. memilih dan melantik ahli jawatankuasa untuk menjalankan aktiviti kelab dan persatuan semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
4. menghantar laporan kewangan dan senarai nama ahli jawatankuasa kepada Pendaftar Pertubuhan.


PERBANDINGAN PERAKAUNAN KELAB DAN PERSATUAN DENGAN ENTITI PERNIAGAAN
Walaupun kelab dan persatuan ialah organisasi bukan niaga, rekod kewangan perlu juga disimpan seperti yang diamalkan oleh entiti perniagaan. Pada setiap akhir tahun kewangan, penyata kewangan yang berikut akan dibentangkan untuk pihak pengurusan dan makluman ahlinya, iaitu :
Ø  Akaun Penerimaan dan Pembayaran;
Ø  Akaun pendapatan dan Perbelanjaan;
Ø  Kunci Kira-kira
Namun begitu terdapat aspek-aspek yang berbeza antara perakaunan kelab dan persatuan dengan perakaunan bagi entiti perniagaan. Perbezaan tersebut ialah :
KELAB DAN
PERSATUAN
ASPEK
PERBEZAAN
ENTITI
PERNIAGAAN

Semua penerimaan dan pembayaran tunai direkodkan dalam Penyata Penerimaan dan Pembayaran.


Penerimaan dan Pembayaran

Semua penerimaan dan pembayaran tunai direkodkan dalam Buku Tunai.
Akaun Penerimaan dan pembayaran digunakan sebagai sumber untuk menyediakan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.
Sumber Maklumat
Imbangan Duga disediakan dan merupakan sumber untuk menyediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi.

Semua pendapatan dan perbelanjaan hasil direkodkan dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan.

Ø  Lebihan diperoleh jika pendapatan hasil melebihi perbelanjaan hasil.
Ø  Kurangan diperoleh jika perbelanjaan hasil melebihi pendapatan hasil.

Pendapatan dan Perbelanjaan

Semua pendapatan dan perbelanjaan hasil direkodkan dalam Penyata Pendapatan.

Ø  Untung bersih diperoleh jika pendapatan hasil melebihi perbelanjaan hasil.
Ø  Rugi bersih diperoleh jikan perbelanjaan hasil melebihi pendapatan hasil.

Lebihan aset daripada liabiliti ialah dana terkumpul.


Jumlah aset- Jumlah liabiliti = Dana







Ekuiti Pemilik

Lebihan aset daripada liabiliti ialah ekuiti pemilik atau modal.

Jumlah aset- Jumlah liabiliti = Ekuiti pemilik

SUMBER HASIL
1. Yuran tahunan ahli
2. Yuran pertandingan
3. Kutipan pesta ria
4. Sewa laci almari
5. Derma dari agensi swasta
6. Faedah dari simpanan tetap
7. Sewa alatan sukan
8. Jualan bola tenis terpakai

JENIS BELANJA
1. Sewa rumah kelab
2. Belian surat khabar dan majalah
3. Belian alatan sukan
4. Pembinaan gelanggang tenis
5. Elaun kehormat
6. Belanja mesyuarat
7. Latihan dan kursus
8. Lawatan

PERBELANJAAN HASIL DAN PERBELANJAAN MODAL
Perbelanjaan Hasil
- Bayaran untuk membeli aset semasa atau belanja pengurusan dan pentadbiran organisasi kelab atau persatuan.
- Contoh;
a. Belian barang niaga untuk dijual semula.
b. Belian alat tulis, setem, akhbar dan majalah untuk kegunaan kelab.
c. Susut nilai aset bukan semasa.
d. Elaun kehormat (honorarium) kepada pengerusi atau ahli jawatan kuasa kelab dan persatuan.
e. Belanja untuk menjalankan urusan pentadbiran kelab dan bayaran perkhidmatan seperti gaji, insurans, belanja am, sewa rumah kelab dan kadar bayaran.
Perbelanjaan Modal
- Perbelanjaan ke atas belian aset bukan semasa atau perbelanjaan yang menambahkan nilai aset bukan semasa.
- Contoh;
Belanja ubahsuai bangunan/membesarkan rumah kelab
Pembinaan gelanggang permainan atau tempat letak kereta
Pembelian aset bukan semasa
Bayaran guaman dan duti setem pembelian aset bukan semasa
Kos pemasangan sistem hawa dingin

PENDAPATAN HASIL DAN PENDAPATAN MODAL
Pendapatan Hasil
- Pendapatan yang diterima daripada aktiviti dan kegiatan kelab dan persatuan.
- Contoh;
Yuran tahunan ahli / yuran bulanan
Yuran pertandingan
Kutipan jualan pesta ria
Sewa diterima kerana penyewaan kemudahan kelab.
Faedah atas pelaburan.
Keuntungan perniagaan yang dikendalikan oleh kelab dan persatuan itu sendiri.
Wang yang diperuntukkan oleh badan induk atau agensi tertentu.
Penerimaan lain yang tidak dianggap sebagai pendapatan modal.
Derma yang bukan bertujuan untuk membiayai sesuatu projek
Pendapatan Modal
- Wang yang diterima bukan daripada operasi biasa kelab dan persatuan berkenaan.
- Contoh;
Jualan aset bukan semasa
Derma khas bertujuan untuk membiayai sesuatu projek yang boleh menambahkan nilai aset bukan semasa
Yuran masuk atau pendaftaran
Peruntukkan daripada agensi kerajaan

AKAUN YURAN
· Yuran kelab terdiri daripada;
o Yuran masuk – boleh dianggap sebagai pendapatan modal atau pendapatan hasil.
o Yuran bulanan/tahunan – pendapatan hasil
o Yuran pertandingan – pendapatan hasil
Pendapatan Modal – Kunci Kira-kira ; Dana Terkumpul
Pendapatan Hasil – Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan (kredit)

AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
· Ringkasan penerimaan dan pembayaran tunai pada akhir tempoh perakaunan.
· Perbelanjaan hasil dan perbelanjaan modal dicatat sebelah kredit manakala pendapatan hasil dan pendapatan modal dicatat sebelah debit.
· Baki debit menunjukkan terdapat lebihan tunai – aset semasa.
· Baki kredit menunjukkan terdapat kurangan tunai – liabiliti semasa.

AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
· Untuk mencari lebihan atau kurangan antara pendapatan dengan perbelanjaan hasil.
· Lebihan – ditambah kepada dana terkumpul.
· Kurangan – ditolak daripada dana terkumpul.

AKAUN PERDAGANGAN BAGI AKTIVITI DAGANGAN KELAB
· Untuk mengira untung atau rugi operasi perniagaan (perniagaan yang dijalankan bertujuan untuk menambah tabungan kelab dan persatuan).
· Untung atau rugi dipindahkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.
· Untung operasi – kredit.
· Rugi operasi – debit.

KUNCI KIRA-KIRA
· Menunjukkan kedudukan aset, liabiliti dan dana terkumpul.
· Dana Terkumpul = Jumlah Aset – Jumlah Liabiliti
· Dana Terkumpul Awal = Jumlah Aset Awal – Jumlah Liabiliti Awal
· Dana Terkumpul Akhir = Jumlah Aset Akhir – Jumlah Liabiliti Akhir
· Dana Terkumpul Akhir = Dana Terkumpul Awal + Lebihan (Kurangan) + Pendapatan Modal

1 comments:

AidaCatMama.blogspot.com berkata...

macam mana nak buat kunci kira-kira seperti berikut:

perbelanjaan = RM 2470.20 pendapatan = RM 2720.00

Aset tak ada.. terima kasih

Catat Ulasan