Slidershow
-
Jabatan Akauntan Negara
Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah diwujudkan dengan pewujudan jawatan Akauntan Negara di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Mengikut rekod jabatan, jawatan Akauntan Negara yang pertama telah disandang oleh En. G.G.T Browne dalam tahun 1946. Sehingga kini, JANM telah diterajui oleh seramai 13 orang Akauntan Negara. Pada tahun 1967, kepimpinan JANM telah diambil alih oleh seorang anak tempatan....
- MASB
MASB adalah singkatan kepada Malaysian Accounting Standard Board yang mengariskan tentang standard-standar perakaunan yang diamalkan di Malaysia...
- Institut Perakaunan Negara
Istitut Perakaunan Negara terletak di Jalan Bagan,Sungai Lang,Sabak Bernam,Selangor Darul Ehsan....
- MASB
Ahad, 20 November 2011
Kitaran Perakaunan
Kitaran Perakaunan
Kitaran Perakaunan merupakan urutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan, mula daripada mengelas, merekodkan dan meringkaskan maklumat. Peringkat-peringkat kitaran ini dilakukan mengikut turutan dan sistematik.Peringkat 1 (Dokumen Sumber)
- Maklumat urusniaga seperti invois, nota debit, nota kredit, resit, baucer bayaran dan keratan cek diperolehi.
Labels:
Pengenalan Perakauan
Sabtu, 19 November 2011
Format Pengiraan Akaun Kelab Dan Persatuan
Penyediaan Akaun Yuran Ahli
Yuran ahli direkodkan menurut konsep perakaunan asas akruan. Menurut konsep ini, yuran tahunan hendaklah diselaraskan terlebih dahulu sebelum dikreditkan dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan kerana mungkin terdapat yuran tertunggak atau yuran terdahulu. Akaun yuran ialah sejenis akaun pendapatan. Apabila yuran diterima daripada ahli, catatannya adalah seperti yang berikut.
Dt. Akaun Tunai/Bank
Kt. Akaun Yuran
Seterusnya pada akhir tahun kewangan, yuran tersebut akan dipindahkan ke bahagian kredit Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.
Dt. Akaun Yuran
Kt. Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
Labels:
Kelab dan Persatuan
Kelab dan Persatuan
AKTA PERTUBUHAN 1966
- Definisi kelab dan persatuan merupakan entiti bukan perniagaan yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
- Bukan bertujuan untuk mencari keuntungan tetapi untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya serta menyediakan kemudahan dan mengadakan perkhidmatan sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan.
- Memperuntukkan semua kelab dan persatuan supaya;
1. menyimpan rekod kewangan.
2. melaporkan penyata kewangan kepada semua ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
3. memilih dan melantik ahli jawatankuasa untuk menjalankan aktiviti kelab dan persatuan semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
4. menghantar laporan kewangan dan senarai nama ahli jawatankuasa kepada Pendaftar Pertubuhan.
Labels:
Kelab dan Persatuan
Akta Perkongsian
Setiapjenis perniagaan tertakluk di bawah undang-undang yang akan memberi garis panduan dalam menjalankan perniagaan yang ada. Setiap perniagaan berbentuk perkongsian termakrub dalam Akta Perkongsian 1965.
Akta Perkongsian
Akta Perkongsian
Labels:
Perkongsian