SEJARAH PERAKAUNAN
· Permulaan menyimpan rekod sejak tamadun purba.
· Catatan tertua – catatan pembayaran upah di Babylonia pada tahun 3500 S.M.
· Pada peringkat awal, catatan dibuat pada kepingan tanah liat. Kemudian menjadi lebih maju setelah terciptanya papyrus (kertas) dan calamus (pen) di Mesir pada tahun 400 S.M.
· Wang digunakan sebagai alat perantaraan bagi penilaian dan pertukaran apabila sistem kewangan bermula pada abad ke-5 dan ke 6 S.M. Rekod perakaunan menggunakan nilai wang sebagai ukuran.
· Pada tahun 850 M, sistem angka Hindu-Arab digunakan yang dicipta oleh orang India.
· Sistem catatan bergu bermula apabila perdagangan semakin pesat di Itali pada 1200-1500 S.M. Sistem ini dicipta oleh Luca Pacioli bertujuan dapat menyimpan rekod yang lengkap dan sistematik.
· Luca Pacioli dianggap sebagai bapa perakaunan kerana bukunya merupakan terbitan perakaunan yang pertama dicetak dan beliau telah membentuk asas perakaunan yang diamalkan sehingga kini.
· Revolusi Perindustrian di England pada abad ke 17 dan ke 18 telah memperkembangkan lagi sistem perakaunan. Pengenalan kepada perakaunan kos.
· Pada akhir abad ke 19 dan ke 20, bidang perakaunan mencapai taraf profesional.
· Pada tahun 1973, Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards Committee)-IASC ditubuhkan oleh badan perakaunan dunia di Sydney untuk menerbitkan Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards)-IAS supaya akaun-akaun dan penyata kewangan disediakan mengikut piawaian asas serta mengawal profesion perakaunan.